Tajuk

13 August 2012

Hari ini saya periksa Agama

Assalamualaikum !

Hai kawan-kawan ! Kamu semua apa khabar ? Sihat tidak ?
Hari ini saya periksa agama islam ye la saya ini agama islam . Selain itu , ada paper pendidikan jasmani dengan kemahiran hidup bersepadu ekonomi rumah tangga ( ERT) . Biasa la tu . Periksa hendak buat macam mana kan . Kamu semua hendak tahu tidak yang hari ini masa time periksa agama kan ,  saya dapat jawab semua soalan tetapi ada yang tidak dapat jawab juga . Yang tidak dapat jawab itu saya jawab yang seadanya la kan .

Saya sudah malas hendak cerita pasal itu , membosankan sahaja bukan . Hurm , hendak cerita pasal dia la . Hari ini saya tidak jumpa dengan dia . Ye la tempat periksa tu berbeza . Saya di dewan besar sekolah manakala dia di blok K . Agak jauh juga . Dah lama saya tidak jumpa dengan dia . Mungkin kekejaman dari segi bahasa percakapan di facebook agaknya . Mungkin dia sudah ada kekasih yang lebih istimewa daripada saya . Agaknya , saya tidak comel mana pun . Mungkin satu hari , bila saya sudah besar nanti cita-cita saya tercapai . Moga-moga begitulah. Amin !!!

Sekarang ini saya masih tingkatan 3 . Ye la , lepas PMR saya hendak pergi ke sekolah vokesional untuk mencapai cita-cita saya . Tapi , cita-cita saya bukan kemahiran . Kemahiran itu hanya mahu sebagai kemahiran diri sahaja . Mana tahu ada yang rosak saya boleh betulkan . Itu pentingnya kiata perlu perluaskan pelajaran ke menara gading . Moga-moga dapat . Semoga Allah memperkenankan doa saya . Dan pengaminnan korang kepada saya . Terima kasih ya .






Tidak lama lagi , periksa dah hendak tamat . Itu peperiksaan percubaan . Semoga saya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat . Bila hendak raya aidilfitri ken , rasa tidak sabar-sabar pula hendak makan kuih raya . Dapat makan kuih raya masa hari raya sahaja bukan . Hari itu saya beli baju raya tahu . Masa yang sama saya beli baju t-shirt warna hitam . Masa semalam iaitu 12/8/12 (ahad) saya pulang ke kampung , masa itu saya pakai t-shirt itu . Boleh ke masa sahur ibu saya tegur yang t-shirt itu sudah koyak . Oh my God . Saya pun baru perasan itu . Baru beli tahu boleh koyak . Ini yang saya tidak suka . Baju itu sudahlah cantik . Nampaknya saya perlu jahit baju itu . Buat malu kalau pakai di hadapan orang macam itu .

No comments:

Post a Comment