Tajuk

13 August 2012

Hari ini saya periksa Agama

Assalamualaikum !

Hai kawan-kawan ! Kamu semua apa khabar ? Sihat tidak ?
Hari ini saya periksa agama islam ye la saya ini agama islam . Selain itu , ada paper pendidikan jasmani dengan kemahiran hidup bersepadu ekonomi rumah tangga ( ERT) . Biasa la tu . Periksa hendak buat macam mana kan . Kamu semua hendak tahu tidak yang hari ini masa time periksa agama kan ,  saya dapat jawab semua soalan tetapi ada yang tidak dapat jawab juga . Yang tidak dapat jawab itu saya jawab yang seadanya la kan .

Saya sudah malas hendak cerita pasal itu , membosankan sahaja bukan . Hurm , hendak cerita pasal dia la . Hari ini saya tidak jumpa dengan dia . Ye la tempat periksa tu berbeza . Saya di dewan besar sekolah manakala dia di blok K . Agak jauh juga . Dah lama saya tidak jumpa dengan dia . Mungkin kekejaman dari segi bahasa percakapan di facebook agaknya . Mungkin dia sudah ada kekasih yang lebih istimewa daripada saya . Agaknya , saya tidak comel mana pun . Mungkin satu hari , bila saya sudah besar nanti cita-cita saya tercapai . Moga-moga begitulah. Amin !!!

Sekarang ini saya masih tingkatan 3 . Ye la , lepas PMR saya hendak pergi ke sekolah vokesional untuk mencapai cita-cita saya . Tapi , cita-cita saya bukan kemahiran . Kemahiran itu hanya mahu sebagai kemahiran diri sahaja . Mana tahu ada yang rosak saya boleh betulkan . Itu pentingnya kiata perlu perluaskan pelajaran ke menara gading . Moga-moga dapat . Semoga Allah memperkenankan doa saya . Dan pengaminnan korang kepada saya . Terima kasih ya .






Tidak lama lagi , periksa dah hendak tamat . Itu peperiksaan percubaan . Semoga saya mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat . Bila hendak raya aidilfitri ken , rasa tidak sabar-sabar pula hendak makan kuih raya . Dapat makan kuih raya masa hari raya sahaja bukan . Hari itu saya beli baju raya tahu . Masa yang sama saya beli baju t-shirt warna hitam . Masa semalam iaitu 12/8/12 (ahad) saya pulang ke kampung , masa itu saya pakai t-shirt itu . Boleh ke masa sahur ibu saya tegur yang t-shirt itu sudah koyak . Oh my God . Saya pun baru perasan itu . Baru beli tahu boleh koyak . Ini yang saya tidak suka . Baju itu sudahlah cantik . Nampaknya saya perlu jahit baju itu . Buat malu kalau pakai di hadapan orang macam itu .

10 August 2012

Bila nak raya Ingat kad Raya ken. JuGa kaMu





Assalamualaikum semua !

Hai , dah lama saya tidak buka laman ini . Yela semelum cuti saya ade percubaan periksa PMR tahu . Korang oh korang dengar tidak . Okay , saya cerita . Masa paper sains 2 saya jawab hampir k boom kepala tahu . Memang la tidak susah mana kan . Tapi dah main jawab semua answer tu saya apa lagi tidur la because saya tengok jam ada masa 30 minit lagi . Apa lagi jom tidur . Tidur saya memang nyenyak . Macam putri pula kerana bile cikgu cakap kertas peper tu hendak di ambil baru saya bangun . Apa yang terjadi ialah kertas saya basah dengan air liur . Eeeee , tapi tidak kesempatan agaknya kerana kertas tu orang yang hendak menanda tidak nampak kerana kertas itu sudah melekat dan kering dengan air liur saya . Macam mana ini ? Tiada jawapan untuk soalan ini kan kan !





Eh , lupa pada tajuk asal . Ya , memang Raya Aidilfirti di Malaysia dah nak dekat . Mesti la tidak sabar bukan . Dapat duit raya , dapat makan kuih raya , dapat minuman percuma bukan . Tapi saya kan kawan-kawan , saya lebih suka bulan Ramadhan kerana boleh makan bersama-sama keluarga . Dapat makan masakkan yang sedap-sedap . Tapi bila bulan puasa kan kawan-kawan , saya hairan juga because ada yang hendak ponteng puasa yang kebanyakkannya kaum lelaki di Malaysia ini . Bukan hendak memburukkan negara sendiri , tapi itulah kenyataan bukan ! Pasal kad raya pula , sekarang ini , kad raya hanya popular di kalangan kanak-kanak sahaja bukan . Bagi golongan remaja pula hanya segelintir yang menghantar kad raya kepada rakan-rakan kan . Saya pun sama masih mengamalkan tradisi itu . Ye la sekarang sudah ada teknologi moden , apa lagi hanya menggunakan MMS sahaja dah sampai kad raya elektroni . Bagi saya , menghantar kad raya lagi saya suka kerana kite boleh tulis apa yang kita suka bukan walaupun kite hanya menghantar SMS pun boleh . Bagi saya menghantar kad raya kepada kawan pun bagus dan kite boleh tulis dan melukis gambar-gambar kenangan kita bersama rakan istimewa kita itu .





Saya ada bercadang untuk memberi kepada awak juga tapi sebelum habis sekolah ye . Dalam sampul itu ada kad raya  dan surat . Haha kira saya ini kreatif juga . Agaknya . Kadang-kadang saya rasa saya ini ada juga sifat kejam pada awak ken . Saya harap saya boleh jadi kawan awak walaupun bahasa yang biasa saya guna ialah "engkau-aku" . Bahasa itu sudah sebati bukan . Hendak buat macam mana . Dalam facebook juga saya bersifat kejam pada kamu . Maafkan saya ye .




 selamat berbuka puasa kepada all umat islam serata dunia .
juga bakal hari raya juga for all of you read my blog . Thanks because follow my blog .
muah ... sayang korang ... hehe ... smile yo ...

03 August 2012

Hari ini aku tunggu kamu online . Tapi kamu tetap tidak online .

Assalamualaikum !!!



Awak bile awak hendak online ? Bile ? Puas saya tunggu . Tapi sampai bile ? sampai hati ek !!! Jangan la keraskan hati kamo itu . saya tahu saya tidak sesuai pada kamu tapi seburuk-buruk kamu saya terima tahu tidak ?

BiLe LaGi ... sAya tiDak taHu ...

Assalamualaikum !!!

Hai korang ... Hari ini saya rindu pada dia tapi bile saya mahu terima dia dalam hati saya ... saya tahu yang dia itu seorang yang playboy ... Ingat saya suka ... Mestilah tidak ... Padahal itu dirinya sendiri ... Memang perempuan suka cemburu , macam saya juga tapi saya tidak suka mengongkong kehidupan seseorang ... Itu bukan diri saya tapi saya memang cerewet haha ... Macam itu tahu ...

Ala rumah parent dia tidak jauh mana pun ... Dekat dengan rumah saya ini ... Just beberapa langkah sampai la ... PMR dah dekat saya boleh ingat dia kan kan ... Kenapa saya kejam terhadap diri saya ? Kenapa ? saya tiada jawapannya ... (+_+)"

Cerita Harry Potter Memang Best !!!

Assalamualaikum ! ,

Hai korang . Korang apa khabar ? Kalau tidak sihat jom cepat-cepat jumpa doktor . Ye la , dekat serata dunia hendak katakan mempunyai doktor-doktor yang berbakat .

Pada tajuk asal . Saya memang suka cerita Harry Potter . Biasanya certia ditayangkan di saluran TV 2 pada pukul 10:00 malam . Memang saya tengok punya . Dalam cerita ini , memnag memberi suatu pengajaran dalam hidup walaupun hanya sebuah cerita . Dalam cerita ini , terkandung sifat keberanian diri . Hendak tahu marilah kita tengok ramai-ramai . Bagi kalangan remaja paling sesuai sanggat .

Agak-agak bila saya boleh terima dia . Saya sendiri pun tidak tahu ==" .